syaflina's FotoPage
OUR JOURNEY OF BEAUTIFUL LIFE'S
By: afzalina adnan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Friday, 31-Jul-2009 01:48 Email | Share | | Bookmark
Mari Buat Cup Cake

 
Entah lah tiba-tiba minat buat Cup Cake. Nanti lah saya upload gambar2 cup cake ciptaan saya.


Saturday, 9-Aug-2008 01:55 Email | Share | | Bookmark
9/08/08 - Bye-bye Gold Coast, Australia

Hotel Entrance
In Paradise Resort Hotel
Memories in Paradise Resort, Gold Coast
View all 15 photos...
09/08/2008
Hari ni kira kami bangun awal ler pukul 3.00 pagi waktu Australia, waktu Malaysia pukul 1.00 pagi . Sebab takut tertinggal flight, Suami langsung tak tidur dari malam , siap berjaga berkemas takut tertinggal apa-apa barang (Kesian juga kat dia). Kami tunggu coach di lobby, lepas ambil kami dia ambil satu lagi family Islam dari Malaysia. Tapi nenek tu kesian sangat, terjatuh semasa anak-anak dia tengah sibuk ambil beg. Nenek tu berdarah mukasikit jer, hidung dia, mujurlah aku ada bawa plaster, minyak gamat ada tapi susah nak ambil sebab dah masukan dalam luggage.
Flight kami pukul 8.30am waktu Gold Goast, Australia. "Selamat Tinggal Bumi Australia" . Panjang umur murah rezeki nanti nak datang lagi . Masa check-in tertinggal novel & neck cushion sebab custom tua Australia tu sibuk sangat scan sampai 2x geram sangat.... . Dalam flight semua tidur tapi aku boring gila sebab bila check dalam beg novel kesayangku tak ada.... Sampai Malaysia pukul 5.30pm. (Rindu pada sanak -saudara, kawan-kawan & Makanan Malaysia)...ermm teh tarik, roti canai, nasi lemak, rendang ayam.


Friday, 8-Aug-2008 02:59 Email | Share | | Bookmark
4th Day - Sea World Gold Coast Australia

5 foots at Sea World Gold Coast
At the park
Sea World Entrance
View all 82 photos...
08/08/2008
Seperti biasa selepas breakfast, kami bertolak ke theme park yg ke3, SEA WORLD. Sampai pagi lagi tak buka lagi pintu. Jalan-jalan sekitar tempat tu, tangkap gambar, pukul 10.00 pagi baru buka. Yang best masuk jer Maskot Dreamworld (Koala Bear) dah tunggu . Kat sini best juga la ada Polar Bear, Penguin, dolphins, sea lion, sharks, dugong, starfish & pelbagai jenis ikan aquarium (Pendek kata goreng pun sodap) . Dalam ni kalau penat nak berjalan naik jer Monorail Train untuk kita bergerak ke satu-satu tempat. Kat sini pun boleh tengok Ikan Paus (Whale) tapi kena bayar asing ler... Insyaallah kalau ada rezeki bawa anak-anak datang sini lagi nak tengok Ikan Paus pula. . Kat sini pun ada pertunjukan ikan lumba-lumba (Dolphins), Sea Lion dan macam2 lagi. Kartun yang popular di sini Big Bird, Elmo & Friends. Selepas persembahan mereka boleh bergambar dengan watak kartun-kartun ni tapi kena beratur ikut turn laa.. Kami pun tak lepaskan peluang juga sebab esok dah nak balik ke Malaysia. .


Thursday, 7-Aug-2008 02:48 Email | Share | | Bookmark
3rd Day - DREAMWORLD

Dreamworld Signboard
Our Dream come true!.
Lina, tasnim at the entrance
View all 54 photos...
07/08/2008
Hari ni selepas breakfast kat hotel, kami memulakan perjalanan ke Theme parks yang ke2, DREAMWORLD naik bus juga, tak jauh sangat lah dalam 10-15 minutes. From Hotel to Bus station pun dekat sangat, bus diorang pun ok gak, bayar dulu kat driver baru duduk (lebihkurang macam Intrakota di KL) . Tempat-tempat diorang ni bersih sangat bukan apa setiap jam diorang sapu jalan, tepi-tepi tu mesti ada orang pegang penyapu satu. Rumah-rumah diorang unik sangat macam kotak, halaman pun bersih (tapi rumah-rumah kat M'sia lagi cantik) .
Dah sampai Dreamworld, tunggu kat entrance sebab belum buka lagi sebab sampai masa tu pukul 9.00 diorang buka pukul 10.00. Sini pun ok gak la macam Movie World banyak permainan untuk dewasa dan kanak-kanak. Paling best kat sini ada kartun DORA the Explore, Sponge Box & Patrik siap ada lakonan diorang lagi . Impian kanak-kanak tercapai untuk melihat dari dekat watak-watak kartun ni, memang best & terhibur sangat . Kami sekeluarga merakam gambar kenangan bersama Koala Bear, cute sangat. Kat dalam ni pun ada Tiger Island, ada White Tiger dan anak-anak tiger yang masih baby. Abang beli satu jaket Tiger Island sebagai kenang-kenangan. We all beli fridge magnet sebagai tanda kenangan yang kami pernah berada disitu .


Wednesday, 6-Aug-2008 00:58 Email | Share | | Bookmark
2nd Day - Movie World Theme Park

Movie World Entrance
Movie World
My Family at Movie World
View all 30 photos...
06/08/2008
Selepas breakfast roti, buah-buahan and oren jus (itu jer yang Halal). Kami memulakan perjalan kami ke Movie World Theme Park pertama. Keluar dari hotel kami terus ambil bas ke Theme Park tu, senang sebab kat sana setiap bus stand and tulis no.bus dan tempat2 bus tu pergi so easy la. Hmm... takan sesat insyaallah sebab tempat dia lebih kurang macam kat Malaysia jer. Hari ni anak-anak memang best sangat sebab kami semua akan ke theme park yang pertama MOVIE WORLD. Kami dapat masuk dulu sebab dah beli tiket awal2 tak payah la sibuk-sibuk nak beratur...
Sini memang best sangat ada tengahari apa perarakan (parade) Bat Man, Super Hero, Cat Woman, Super Girl, Scooby Doo And Geng, Shrex (Orang Hijau), Tweety Bird and Geng dan macam2 lagi.... memang best la (tak payah pergi Hong Kong Disneyland) kat sini memang budak-budak happy sangat. Kiralah orang dewasa pun happy sebab ada banyak game kat theme park tu. Tasnim takut sangat sebab semua patung-patung tu bergerak maybe dia hairan sangat kot.... . Kat sini Tempat salin pampers baby, Tandas & tempat Solat pun bersih sangat. so jangan risau ler. . Kami balik pun dah petang so terus pergi Surfer Paradise jalan-jalan and then beli souvenir sikit untuk sanak-saudara & kawan-kawan. Pas tu malam kami pergi dinner kat Restoran Malaysia "Maharani Restauran" ok jugak la cuma mahal sikit nasi sepinggan AUD$12.00 (RM36.00). Tapi dah 2 hari tak jumpa nasi kira ok la tu.. Macam 2 tahun tak jumpa nasi.


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net